Syukur...Alhamdulillah... aku masih diberi peluang untuk menghirup udara segar kurniaan Ilahi...melihat matahari terbit di waktu pagi awal Januari 2012.Syukurnya aku dengan nikmat ini...Alhamulillah....Terima kasih Ya...Allah,
Sedar tak sedar... meningkat lagi usia ini, melewati usia yang semakin meninggi...membariskan kedut-kedut di dahi...walaupun ianya tidak pernah diingini...inilah lumrah kejadian insani...Seharusnya kita makin sedar akan perubahan ini... agar kita lebih berhati-hati dalam tindak tanduk yang bakal kita jalani...
Dalam diam sekali lagi aku bersyukur kerana masih diberi peluang untuk aku melihat anak -anak ku membesar dalam keceriaan dalam kebahagiaan sebuah keluarga .Tak sanggup rasanya aku tinggalkan mereka di saat mereka perlukan belaian dan kasih sayang untuk menempuh ranjau kehidupan yang masih belum pasti arahnya.Hampir setiap detik aku berdoa biarlah aku diberi peluang membimbing serta mendidik anak-anak anugerah Mu ini sehingga mereka mampu berdikari sendiri.Bukan harta menggunung yang diperlukan... bukan sanjungan melangit yang dipohonkan... cukuplah sekadar secebis kesihatan dalam kesempurnaan yang bakal aku bekalkan dan iringkan bersama untuk mengecapi kebahagiaan hidup ini bersama anak-anak serta suami jua insan lain yang mengenali.
Syukur juga aku masih punyai ayah dan ibu...insan yang teramat istimewa dalam hidupku...sentiasa bersama di saat suka dan duka ku...tak pernah mengeluh mendengar rengetanku...apa saja...merekalah ratuku...Biar berjuta serikandi di muka bumi kini...namun ibulah serikandi hati ini..idola ku...telah berjaya mendidik ku serta 12 orang lagi adik-adik ku menjadi insan berguna walau hidup kami amat sederhana.Titisan susu getah yang mengalir itulah titisan keringat ayah ibu membesarkan kami...13 beradik...dibuang jauh-jauh kemewahan yang orang lain berlumba-lumba untuk dapatkan...demi membesarkan kami adik-beradik...masih ku ingat kata ibu , " Ma tak perlukan emas berlingkar... kerana mama dah ada 13 ketul emas yang tak akan pernah hilang sinarnya..dan tak akan pernah jatuh nilainya ..kerana ketulan emas inilah yang bakal memancarkan sinar kebahagiaan andai disulamkan dengan kasih sayang dan kejayaan ."Ternyata pengorbanan abah dan mama tidak pernah tersia-sia...kini kami semua dah berjaya...Alhamdulillah...
Sesakali timbul jua persoalan ...mampukah aku mendidik anak-anak permata hatiku sehebat abah dan mama..dalam dunia yang semakin moden serta mencabar ini.Insyallah ...akan ku pastikan kejayaan mereka seperti mana akan ku pastikan kejayaan anak-anak muridku jua.
Pendidikan Khas SKBSB
Khamis, 18 Oktober 2012
Sabtu, 25 Februari 2012
Ahad, 11 Disember 2011
Renungkanlah...pasti akan temui siapa dan mampukah kita hadapinya...
Entah macam mana mata sukar untuk lelap,minda pula belum bersedia diulik mimpi...terasa rindu pula pada anak-anak didik yang dah lebih 2 minggu tiada di depan mata, satu demi satu wajah menjelma bersama kerenah yang selalu ditontoni... aku tersenyum sendiri...best jugak andai pengalaman ini dikongsi...lantas Laptop lah pastinya menjadi mangsa terkini...
September 2007 itulah detik mulanya aku di sini...waktu itu ,hanya aku sendirian bertemankan 8 murid melengkapi pogram ini... penat juga ...tapi aku bangga kerana gb, gpk2 dan ada guru aliran perdana yang amat perihatin membantu...Jan 2008 muridku mula bertambah sekali ganda daripada jumlah asal...tapi kini aku ditemani oleh 2 orang guru yang baru posting... seronok sangat ...kami sama-sama mendidik dan mengajar murid ini dengan bersemangat sekali...apatah lagi semua pentadbir amat menghargai kami...tidak sekalipun kami dipinggirkan atau dipandang sepi walau dalam apa acara sekalipun... Terima kasih semua...2009, penambahan murid membawa kepada penambahan guru...kini kami berlima ditugaskan untuk membimbing murid-murid ini...dibantu dengan 3 orang PPM yang amat setia menjalankan tugas membersih, mencuci ,mengemas... tak pernah mengeluh, walau sewaktu makan pun sanggup berhenti andai ada panggilan 'emergency'.Sukanya kami bekerjasama pada waktu itu...Terima kasih...
2011 catatan terindah buat kami...3 anak istimewa ini diberi peluang menduduki UPSR amat kami hargai..dan alhamdulillah keputusan mereka tidaklah menghampakan kami....dan inilah juga yang menjadi bukti anak -anak ini mampu lakukan seperti mana anak-anak di aliran perdana yang lain.
Rasanya semua sudah maklum...andai ramai orang yang kita hadapi , maka banyaklah kerenah yang terpaksa kita hadapi, saat itulah hati mula goyah... perasaan mula terusik...namun terpaksa disorok dan buang jauh di sudut hati.Kata seorang teman "Walau sesedih mana pun kita terluka jangan sesekali curahkan air mata sewaktu bekerja apatah lagi depan anak-anak istimewa ini "..aku pegang kata-kata itu dan jadikan segalanya ini sebagai satu cabaran untuk aku terus berjuang sedaya mampu yang boleh.Alhamdulillah aku mampu atas dorongan pentadbir khasnya gb yang sentiasa menjadi 'Sifu' buat ku . Sokongan teman -teman yang memahami...amat ku hargai...
Sabar....sabar dan sabar itulah sifat utama yang perlu ada dalam diri seorang yang ingin menjadi guru anak-anak istimewa ini.Kesabaran inilah yang menjadi kunci kejayaan dalam karier guru PPKI.Kesabaran dalam mendidik insan kerdil yang dahagakan ilmu pengetahuan dan kesabaran dalam hadapi semua dugaan yang mendatang..Tahap kesabaran menggambarkan siapa diri kita sebenarnya.adakah kita mampu menjadi guru kepada insan istimewa ini atau sebaliknya?Ingatlah' kita pasti cemerlang apabila sabar menjadi milik kita..Insyallah...dan dengan sedikit sifat inilah aku masih mampu bertahan di sini sehingga ke hari ini...
Cerita di atas sekadar luahkan apa yang terlintas diminda ini...jauh sekali meninggi diri... tapi yang pasti kita sebagai guru PPKI semestinya ada sifat CAKNA dalam diri...cakna atau ambil peduli terhadap apa jua masalah anak-anak istimewa ini...jika kita cakna , mereka akan sentiasa menghargai kita dalam hidup mereka,malah setiap kebaikan yang kita lakukan akan tersemat dalam hati mereka.
Mudahkan... dengan minat yang mendalam...sifat cakna yang ditumjukkan sudah mampu untuk menarik minat murid mengikuti dan menerima diri kita... Aku bukanlah seorang yang miliki wajah yang cantik... cukuplah dengan segala kesempurnaan yang Allah S.W.T kurniakan...ada bibir yang masih mampu tersenyum ,ada wajah yang mampu menggambarkan perasaan...Sedarkah kalian anak-anak istimewa ini juga tahu menilai mana yang cantik atau tidak...Wajah yang menarik sudah pasti idaman semua orang , dan inilah tarikan sebenarnya...namun ketahuilah wajah yang menarik tidak akan berseri sekiranya tidak mempunyai personaliti yang menarik.Personaliti yang menarik dipaparkan bersama perasaan yang terkandung dalam diri kita sebenarnya.Jika kita tidak punyai hati yang ikhlas, sentiasa dengki dan riak , wajah akan membayangkan kekeruhan.Wajah adalah bayangan hati.Wajah yang ceria memaparkan kesucian dan kejernihan hati.Wajah yang riang datangnya daripada hati yang tenang ,jangan sesekali kita pamerkan wajah murung sewaktu berhadapan murid... pamerkan keriangan...sembunyikan perasaan kecewa , bermasalah dan sebagainya.Elakkan murid kita tahu yang kita hadapi masalah atau sebagainya,...kerana mereka punyai naluri yang sensitif serta bijak meneka sikap gurunya...JADI...sentiasalah jaga personaliti agar mudah kita dampingi mereka...maka mudahlah usaha kita untuk membentuk mereka...
Aku akui jiwa ini sebenarnya terlalu mudah tersentuh dan terkadang air mata terlalu mudah mengalir keluar ...masih aku teringat pertama kali aku menerima panggilan telefon meminta aku ke sini... air mata tak henti-henti mengalir tanpa aku peduli depan siapa...gb ... gpk...pembantu am..semua itu tidak aku hiraukan...malunya terasa bila diingatkan. Gb hanya mampu memandang sambil minta aku bertenang dan anggap ini satu kenyataan ...aku tewas...bila menitiskan air mata depan anak-anak istimewa dibahu seorang teman bergela r ' kakak kesayangan'...dan yang pasti itulah tangisan perpisahan yang tidak akan dikembalikan pertemuan...kerana sepeninggalan ku dari situ 'kakak tersayang jua pergi tinggalkan alam... Al-FATIHAH..
Sebenarnya air mata itu tidak pernah aku bazirkan ...aku berhenti di sini... aku mula yakinkan bahawa aku mampu untuk lakukan ...aku harus berbangga menjadi guru PPKI walau di mana aku ditempatkan...Bangga bukanlah bermaksud riak ataupun mendabik dada.Bangga di sini adalah perasaan berpuas hati dan gembira kerana usaha kita berhasil dan mendapat kejayaan.Bangganya apabila melihat anak-anak ini menunjukkan tingkahlaku yang baik di sekolah dan di luar sekolah..Tugas ini sangat mencabar namun kemanisannya cukup terasa.Dalam diam....aku bangga menjadi guru bagi murid PPKI , kerana bukan calang-calang orang dapat lakukan seperti mana yang kita lakukan... Kitalah yang diamanahkan untuk memberikan cahaya dalam kehidupan mereka yang mempunyai kekurangandalam hidup dengan berusaha menjadikan mereka sebahagian daripada masyarakat.
Alahai...idea mencurah-curah... tapi mata dah mengantuk... apa pun... INGATLAH jangan sesekali kita jadikan karier sebagai guru PPKI ini pilihan terakhir atau pun tiada pilihan yang lain bagi mendapatkan kerjaya dengan mudah.Walau apa pun alasan, ia tidak penting.Apa yang paling penting , sebaik sahaja kita ceburkan diri dalam bidang ini bersama murid-murid pendidikan khas, banggalah dan hargailah mereka...gaji yang kita miliki disebabkan wujudnya mereka...mereka memberi rahmat dalam hidup kita... dan setiap detik kita adalah bersama anugerah Tuhan yang memerlukan bantuan dan bimbingan kita sepenuhnya.... RENUNGKANLAH.
Sungguh bersemangat anak-anak didik kami berusaha untuk menamatkan pertandingan meleret bola menggunakan gelung rotan sewaktu pertaningan Sukaneka peringkat sekolah .
Biarpun iannya ringkas... tapi inilah persembahan yang sentiasa dinanti-nantikan oleh semua warga SKBSB.
TQ ayahanda...itulah kata-kata yang diucapkan oleh anak-anak istimewa ini setelah mendapat ganjaran...
Kerjasama dan sokongan padu daripada semua pihak amat membanggakan kami...
Sabtu, 26 November 2011
Muridku..kalian tidak pernah dipinggirkan....
Selama hampir 14 tahun saya berkecimpung dalam dunia pendidikan bersama murid-murid istimewa, apa yang dapat saya rasakan diri ini cukup bertuah dan amat bersyukur dengan kerjaya serta bidang yang diceburi, disamping bersyukur dengan pemberian tuhan atas segala kesempurnaan pada diri serta mampu pula untuk dikongsi bersama anak-anak istimewa ini... dalam membentuk dan mendidik mereka untuk sama-sama berdepan dalam masyarakat luar tanpa rasa segan dan terpinggir.
Apabila terlibat dalam dunia pendidikan khas, jiwa menjadi lebih tenang dan hati menjadi semakin bahagia.Tenang kerana seluruh hidup dapat berbakti kepada anak istimewa dan mendapat kepuasan rohani yang sukar digambarkan.Hati sentiasa bahagia dengan telatah mereka... bagi saya mereka adalah segalanya... sewaktu menangis mahupun ketawa.... cikgu sayang kalian semua...
Tidak dinafikan seawal menceburi dunia pendidikan khas... ramai yang mentertawakan.... memandang sepi... seolah -olah ianya tiada pilihan...namun bagi saya itulah cabaran... disaat cikgu-cikgu lain berlumba-lumba mengajar murid yang cerdas dengan cara yang mudah .. saya pula mencari murid yang sukar dibimbing,perlu kreatif untuk ubahsuai isi kandungan setiap sukatan agar sesuai dengan kebolehan serta tahap murid yang berhadapan agar setiap objektif yang diperlukan tercapai.Bangganya terasa apabila murid mampu membutangkan baju sendiri tanpa mengharapkan orang lain, sedangkan masa yang lama untuk mengajar diperlukan.Ianya tidak pernah membosankan..
Menjadi guru pendidikan khas amatlah menyeronokkan.Setiap hari adalah hari baru yang penuh dengan cabaran dan keseronokkan.Pengalaman bekerja dengan mereka adalah sesuatu yang sukar dicari dalam bidang lain dan membuatkan hidup lebih bermakna.Terkadang hati menjadi sebak melihat kesungguhan dan kegigihan mereka untuk lakukan apa yang diinginkan... ya Allah bangganya cikgu dengan kalian...
Kalian tidak akan cikgu biarkan sendirian di sekolah ...semua akan cikgu bawa setelah diberi kebenaran oleh ibu bapa dan gb kami... terima kasih, terima kasih dan terima kasih... semua kerana percayakan kami untuk membawa anak-anak ini melawat KLCC.
Apabila terlibat dalam dunia pendidikan khas, jiwa menjadi lebih tenang dan hati menjadi semakin bahagia.Tenang kerana seluruh hidup dapat berbakti kepada anak istimewa dan mendapat kepuasan rohani yang sukar digambarkan.Hati sentiasa bahagia dengan telatah mereka... bagi saya mereka adalah segalanya... sewaktu menangis mahupun ketawa.... cikgu sayang kalian semua...
Tidak dinafikan seawal menceburi dunia pendidikan khas... ramai yang mentertawakan.... memandang sepi... seolah -olah ianya tiada pilihan...namun bagi saya itulah cabaran... disaat cikgu-cikgu lain berlumba-lumba mengajar murid yang cerdas dengan cara yang mudah .. saya pula mencari murid yang sukar dibimbing,perlu kreatif untuk ubahsuai isi kandungan setiap sukatan agar sesuai dengan kebolehan serta tahap murid yang berhadapan agar setiap objektif yang diperlukan tercapai.Bangganya terasa apabila murid mampu membutangkan baju sendiri tanpa mengharapkan orang lain, sedangkan masa yang lama untuk mengajar diperlukan.Ianya tidak pernah membosankan..
Biar pun berkerusi roda... 1Murid 1Sukan patut dilaksanakan.
Lawatan ke Pusat Sains Negara.Kalian tidak akan cikgu biarkan sendirian di sekolah ...semua akan cikgu bawa setelah diberi kebenaran oleh ibu bapa dan gb kami... terima kasih, terima kasih dan terima kasih... semua kerana percayakan kami untuk membawa anak-anak ini melawat KLCC.
Langgan:
Ulasan (Atom)







