Sabtu, 26 November 2011

Muridku..kalian tidak pernah dipinggirkan....

       Selama hampir 14 tahun saya berkecimpung dalam dunia pendidikan bersama murid-murid istimewa, apa yang dapat saya rasakan diri ini cukup bertuah dan amat bersyukur dengan kerjaya serta bidang yang diceburi, disamping bersyukur dengan pemberian tuhan atas segala kesempurnaan pada diri  serta  mampu pula untuk dikongsi bersama anak-anak istimewa ini... dalam membentuk dan mendidik mereka untuk sama-sama berdepan dalam masyarakat luar tanpa rasa segan dan terpinggir.
      Apabila terlibat dalam dunia pendidikan khas, jiwa menjadi lebih tenang dan hati menjadi semakin bahagia.Tenang kerana seluruh hidup dapat berbakti kepada anak istimewa dan mendapat kepuasan rohani yang sukar digambarkan.Hati sentiasa bahagia dengan telatah mereka... bagi saya mereka adalah segalanya... sewaktu menangis mahupun ketawa.... cikgu sayang kalian semua...
     Tidak dinafikan seawal menceburi dunia pendidikan khas... ramai yang mentertawakan.... memandang sepi... seolah -olah ianya tiada pilihan...namun bagi saya itulah cabaran... disaat cikgu-cikgu lain berlumba-lumba mengajar murid yang cerdas dengan cara yang mudah .. saya pula mencari murid yang sukar dibimbing,perlu kreatif untuk ubahsuai isi kandungan setiap sukatan agar sesuai dengan kebolehan serta tahap murid yang berhadapan agar setiap objektif yang diperlukan tercapai.Bangganya terasa apabila murid  mampu membutangkan baju sendiri tanpa mengharapkan orang lain, sedangkan masa yang lama untuk mengajar diperlukan.Ianya tidak pernah membosankan..
      Menjadi guru pendidikan khas amatlah menyeronokkan.Setiap hari adalah hari baru yang penuh dengan cabaran dan keseronokkan.Pengalaman bekerja dengan mereka adalah sesuatu yang sukar dicari dalam bidang lain dan membuatkan hidup lebih bermakna.Terkadang hati menjadi sebak melihat kesungguhan dan kegigihan mereka untuk lakukan apa yang diinginkan... ya Allah bangganya cikgu dengan kalian...


Biar pun berkerusi roda... 1Murid 1Sukan patut dilaksanakan.
 Lawatan ke Pusat Sains Negara.
 Kalian tidak akan cikgu biarkan sendirian di sekolah ...semua akan cikgu bawa setelah diberi kebenaran oleh ibu bapa dan  gb kami... terima kasih, terima kasih dan terima kasih... semua kerana percayakan kami untuk membawa anak-anak ini melawat KLCC.
  • Kesiannya... terpaksa terlantar di rumah hampir 3 bulan kerana dilanggar motosikal di hadapan rumah... apa pun dirimu tak  pernah cikgu lupakan....