Ahad, 11 Disember 2011

Renungkanlah...pasti akan temui siapa dan mampukah kita hadapinya...

            Entah macam mana mata sukar untuk lelap,minda pula belum bersedia diulik mimpi...terasa rindu pula pada anak-anak didik yang dah lebih 2 minggu tiada di depan mata, satu demi satu wajah menjelma bersama kerenah yang selalu ditontoni... aku tersenyum sendiri...best jugak andai pengalaman ini dikongsi...lantas Laptop lah pastinya menjadi mangsa terkini...
       September 2007 itulah detik mulanya aku di sini...waktu itu ,hanya aku sendirian bertemankan 8 murid   melengkapi pogram ini... penat juga ...tapi aku bangga kerana gb, gpk2 dan ada guru aliran perdana yang amat perihatin membantu...Jan 2008 muridku mula bertambah sekali ganda daripada jumlah asal...tapi kini aku ditemani oleh 2 orang guru yang baru posting... seronok sangat ...kami sama-sama mendidik dan mengajar murid ini dengan bersemangat sekali...apatah lagi semua pentadbir amat menghargai kami...tidak sekalipun kami dipinggirkan atau dipandang sepi walau dalam apa acara sekalipun... Terima kasih semua...
      2009, penambahan murid membawa kepada penambahan guru...kini kami berlima ditugaskan untuk membimbing murid-murid ini...dibantu dengan 3 orang PPM yang amat setia menjalankan tugas membersih, mencuci ,mengemas... tak pernah mengeluh, walau sewaktu makan pun sanggup berhenti andai ada panggilan 'emergency'.Sukanya kami bekerjasama pada waktu itu...Terima kasih...
    2011 catatan terindah buat kami...3 anak istimewa ini diberi peluang menduduki UPSR amat kami hargai..dan alhamdulillah keputusan mereka tidaklah menghampakan kami....dan inilah juga yang menjadi bukti anak -anak ini mampu lakukan seperti mana anak-anak di aliran perdana yang lain.
     Rasanya semua sudah maklum...andai ramai orang yang kita hadapi , maka banyaklah kerenah yang terpaksa kita hadapi, saat itulah hati mula goyah... perasaan mula terusik...namun terpaksa disorok dan buang jauh di sudut hati.Kata seorang teman "Walau sesedih mana pun kita terluka jangan sesekali curahkan air mata sewaktu bekerja apatah lagi depan anak-anak istimewa ini "..aku pegang kata-kata itu dan jadikan segalanya ini sebagai satu cabaran untuk aku terus berjuang sedaya mampu yang boleh.Alhamdulillah aku mampu atas dorongan pentadbir khasnya gb yang sentiasa menjadi 'Sifu' buat ku .  Sokongan teman -teman yang memahami...amat ku hargai...
     Sabar....sabar dan sabar itulah sifat utama yang perlu ada dalam diri seorang yang ingin menjadi guru anak-anak istimewa ini.Kesabaran inilah yang menjadi kunci kejayaan dalam karier guru PPKI.Kesabaran dalam mendidik insan kerdil yang dahagakan ilmu pengetahuan dan kesabaran dalam hadapi semua dugaan yang mendatang..Tahap kesabaran menggambarkan siapa diri kita sebenarnya.adakah kita mampu menjadi guru kepada insan istimewa ini atau sebaliknya?Ingatlah' kita pasti cemerlang apabila sabar menjadi milik kita..Insyallah...dan dengan sedikit sifat inilah aku masih mampu bertahan di sini sehingga ke hari ini...
     Tidak ada sebarang masalah yang tidak dapat diselesaikan...apa yang perlu cuma minat dan tidak mudah putus asa,Minat yang mendalam menyebabkan kita sentiasa mencari jalan dan idea baru untuk tangani setiap masalah yang timbul baik daripada murid atau rakan setugas.Kita mungkin akan menjadi lebih kreatif dalam meneroka kaedah-kaedah yang akan diajar  pada murid atau sebaliknya.Kerana minat jugalah menjadikan kita sentiasa memikirkan sesuatu yang mencabar supaya karier menjadi lebih menarik seterusnya murid tidak akan jemu dan sentiasa riang dengan kita...Setiap pagi apabila kita ke sekolah , mereka tidak sabar menanti...andai kita tiada...mereka tertanya-tanya ke mana kita pergi ...Ya Allah..aku mula ingatkan Lily...hampir setiap pagi dia menunggu ku dengan sekumtum bunga ...untuk diberi walaupun hanya bunga daripada rimbunan rumput yang tumbuh meliar di pinggir kaki...Wajah Daniel yang tersenyum lebar sebaik aku melangkah masuk ke Wad sewaktu dia dirawat di HKKB tidak mungkin akan ku lupakan...wajah yang menggambarkan sejuta kemanisan apabila hajat ditunaikan... 'Cikgu bila nak datang " SMS yang membuatkan  kaki ku laju untuk ke situ. Terharu nya...
     Cerita di atas sekadar luahkan apa yang terlintas diminda ini...jauh sekali meninggi diri... tapi yang pasti kita sebagai guru PPKI semestinya ada sifat CAKNA dalam diri...cakna atau ambil peduli terhadap apa jua masalah anak-anak istimewa ini...jika kita cakna , mereka akan sentiasa menghargai kita dalam hidup mereka,malah setiap kebaikan yang kita lakukan akan tersemat dalam hati mereka.
     Mudahkan... dengan minat yang mendalam...sifat cakna yang ditumjukkan sudah mampu untuk menarik minat murid mengikuti dan menerima diri kita... Aku bukanlah seorang yang miliki wajah yang cantik... cukuplah dengan segala kesempurnaan yang Allah S.W.T kurniakan...ada bibir yang masih mampu tersenyum ,ada wajah yang mampu menggambarkan perasaan...Sedarkah kalian anak-anak istimewa ini juga tahu menilai mana yang cantik atau tidak...Wajah yang menarik sudah pasti idaman semua orang , dan inilah tarikan sebenarnya...namun ketahuilah wajah yang menarik tidak akan berseri sekiranya tidak mempunyai personaliti yang menarik.Personaliti yang menarik dipaparkan bersama perasaan yang terkandung dalam diri kita sebenarnya.Jika kita tidak punyai hati yang ikhlas, sentiasa dengki dan riak , wajah akan membayangkan kekeruhan.Wajah adalah bayangan hati.Wajah yang ceria memaparkan kesucian dan kejernihan hati.Wajah yang riang datangnya daripada hati yang tenang ,jangan sesekali kita pamerkan wajah murung sewaktu berhadapan murid... pamerkan keriangan...sembunyikan perasaan kecewa , bermasalah dan sebagainya.Elakkan murid kita tahu yang kita hadapi masalah atau sebagainya,...kerana mereka punyai naluri yang sensitif serta bijak meneka sikap gurunya...JADI...sentiasalah jaga personaliti agar mudah kita dampingi mereka...maka mudahlah usaha kita untuk membentuk mereka...
        Aku akui jiwa ini sebenarnya terlalu mudah tersentuh dan terkadang air mata terlalu mudah mengalir keluar ...masih aku teringat pertama kali aku menerima panggilan telefon meminta aku ke sini... air mata tak henti-henti mengalir tanpa aku peduli depan siapa...gb ... gpk...pembantu am..semua itu tidak aku hiraukan...malunya terasa bila diingatkan. Gb hanya mampu memandang sambil minta aku bertenang dan anggap ini satu kenyataan ...aku tewas...bila menitiskan air mata depan anak-anak istimewa dibahu seorang teman bergela r ' kakak kesayangan'...dan yang pasti itulah tangisan perpisahan yang tidak akan dikembalikan pertemuan...kerana sepeninggalan ku dari situ 'kakak tersayang jua pergi tinggalkan alam... Al-FATIHAH..
      Sebenarnya air mata itu tidak pernah aku bazirkan ...aku berhenti di sini... aku mula yakinkan bahawa aku mampu untuk lakukan ...aku harus berbangga menjadi guru PPKI walau di mana aku ditempatkan...Bangga bukanlah bermaksud riak ataupun mendabik dada.Bangga di sini adalah perasaan berpuas hati dan gembira kerana usaha kita berhasil dan mendapat kejayaan.Bangganya apabila melihat anak-anak ini menunjukkan tingkahlaku yang baik di sekolah dan di luar sekolah..Tugas ini sangat mencabar namun kemanisannya cukup terasa.Dalam diam....aku bangga menjadi guru  bagi murid PPKI , kerana bukan calang-calang orang dapat lakukan seperti mana yang kita lakukan... Kitalah yang diamanahkan untuk memberikan cahaya dalam kehidupan mereka yang mempunyai kekurangandalam hidup dengan berusaha menjadikan mereka sebahagian daripada masyarakat.
   Alahai...idea mencurah-curah... tapi mata dah mengantuk... apa pun... INGATLAH jangan sesekali kita jadikan karier sebagai guru PPKI ini pilihan terakhir atau pun tiada pilihan yang lain bagi mendapatkan kerjaya dengan mudah.Walau apa pun alasan, ia tidak penting.Apa yang paling penting , sebaik sahaja kita ceburkan diri dalam bidang ini bersama murid-murid pendidikan khas, banggalah dan hargailah mereka...gaji yang kita miliki disebabkan wujudnya mereka...mereka memberi rahmat dalam hidup kita... dan setiap detik kita adalah bersama anugerah Tuhan yang memerlukan bantuan dan bimbingan kita sepenuhnya.... RENUNGKANLAH.
 Sungguh bersemangat anak-anak didik kami berusaha untuk menamatkan pertandingan meleret bola menggunakan gelung rotan sewaktu pertaningan Sukaneka peringkat sekolah .
Biarpun iannya ringkas... tapi inilah persembahan yang sentiasa dinanti-nantikan oleh semua warga SKBSB.
 TQ ayahanda...itulah kata-kata yang diucapkan oleh anak-anak istimewa ini setelah mendapat ganjaran...
 Kerjasama dan sokongan padu daripada semua pihak amat membanggakan kami...

   

Sabtu, 26 November 2011

Muridku..kalian tidak pernah dipinggirkan....

       Selama hampir 14 tahun saya berkecimpung dalam dunia pendidikan bersama murid-murid istimewa, apa yang dapat saya rasakan diri ini cukup bertuah dan amat bersyukur dengan kerjaya serta bidang yang diceburi, disamping bersyukur dengan pemberian tuhan atas segala kesempurnaan pada diri  serta  mampu pula untuk dikongsi bersama anak-anak istimewa ini... dalam membentuk dan mendidik mereka untuk sama-sama berdepan dalam masyarakat luar tanpa rasa segan dan terpinggir.
      Apabila terlibat dalam dunia pendidikan khas, jiwa menjadi lebih tenang dan hati menjadi semakin bahagia.Tenang kerana seluruh hidup dapat berbakti kepada anak istimewa dan mendapat kepuasan rohani yang sukar digambarkan.Hati sentiasa bahagia dengan telatah mereka... bagi saya mereka adalah segalanya... sewaktu menangis mahupun ketawa.... cikgu sayang kalian semua...
     Tidak dinafikan seawal menceburi dunia pendidikan khas... ramai yang mentertawakan.... memandang sepi... seolah -olah ianya tiada pilihan...namun bagi saya itulah cabaran... disaat cikgu-cikgu lain berlumba-lumba mengajar murid yang cerdas dengan cara yang mudah .. saya pula mencari murid yang sukar dibimbing,perlu kreatif untuk ubahsuai isi kandungan setiap sukatan agar sesuai dengan kebolehan serta tahap murid yang berhadapan agar setiap objektif yang diperlukan tercapai.Bangganya terasa apabila murid  mampu membutangkan baju sendiri tanpa mengharapkan orang lain, sedangkan masa yang lama untuk mengajar diperlukan.Ianya tidak pernah membosankan..
      Menjadi guru pendidikan khas amatlah menyeronokkan.Setiap hari adalah hari baru yang penuh dengan cabaran dan keseronokkan.Pengalaman bekerja dengan mereka adalah sesuatu yang sukar dicari dalam bidang lain dan membuatkan hidup lebih bermakna.Terkadang hati menjadi sebak melihat kesungguhan dan kegigihan mereka untuk lakukan apa yang diinginkan... ya Allah bangganya cikgu dengan kalian...


Biar pun berkerusi roda... 1Murid 1Sukan patut dilaksanakan.
 Lawatan ke Pusat Sains Negara.
 Kalian tidak akan cikgu biarkan sendirian di sekolah ...semua akan cikgu bawa setelah diberi kebenaran oleh ibu bapa dan  gb kami... terima kasih, terima kasih dan terima kasih... semua kerana percayakan kami untuk membawa anak-anak ini melawat KLCC.
  • Kesiannya... terpaksa terlantar di rumah hampir 3 bulan kerana dilanggar motosikal di hadapan rumah... apa pun dirimu tak  pernah cikgu lupakan....