Khamis, 18 Oktober 2012

Syukur....

    Syukur...Alhamdulillah... aku masih diberi peluang untuk menghirup udara segar kurniaan Ilahi...melihat matahari terbit di waktu pagi awal Januari 2012.Syukurnya aku dengan nikmat ini...Alhamulillah....Terima kasih Ya...Allah,
    Sedar tak sedar... meningkat lagi usia ini, melewati usia yang semakin meninggi...membariskan kedut-kedut di dahi...walaupun ianya tidak pernah diingini...inilah lumrah kejadian insani...Seharusnya kita makin sedar akan perubahan ini... agar kita lebih berhati-hati dalam tindak tanduk yang bakal kita jalani...
Dalam diam sekali lagi aku bersyukur kerana masih diberi peluang untuk aku melihat anak -anak ku membesar dalam keceriaan dalam kebahagiaan sebuah keluarga .Tak sanggup rasanya aku tinggalkan mereka di saat mereka perlukan belaian dan kasih sayang untuk menempuh ranjau kehidupan yang masih belum pasti arahnya.Hampir setiap detik aku berdoa biarlah aku diberi peluang membimbing serta mendidik anak-anak anugerah Mu ini sehingga mereka mampu berdikari sendiri.Bukan harta menggunung yang diperlukan... bukan sanjungan melangit yang dipohonkan... cukuplah sekadar secebis kesihatan dalam kesempurnaan yang bakal aku bekalkan dan iringkan bersama untuk mengecapi kebahagiaan hidup ini bersama anak-anak serta suami jua insan lain yang mengenali.
     Syukur juga aku masih punyai ayah dan ibu...insan yang teramat istimewa dalam hidupku...sentiasa bersama  di saat suka dan duka ku...tak pernah mengeluh mendengar rengetanku...apa saja...merekalah ratuku...Biar berjuta serikandi di muka bumi kini...namun ibulah serikandi hati ini..idola ku...telah berjaya mendidik ku serta 12 orang lagi adik-adik ku menjadi insan berguna walau hidup kami amat sederhana.Titisan susu getah yang mengalir itulah titisan keringat ayah ibu membesarkan kami...13 beradik...dibuang jauh-jauh kemewahan yang orang lain berlumba-lumba untuk dapatkan...demi membesarkan kami adik-beradik...masih ku ingat kata ibu ,  " Ma tak perlukan emas berlingkar... kerana mama dah ada 13 ketul emas yang tak akan pernah hilang sinarnya..dan tak akan pernah jatuh nilainya ..kerana ketulan emas inilah yang bakal memancarkan sinar kebahagiaan andai disulamkan dengan kasih sayang dan kejayaan ."Ternyata pengorbanan abah dan mama tidak pernah tersia-sia...kini kami semua dah berjaya...Alhamdulillah...
    Sesakali timbul jua persoalan ...mampukah aku mendidik anak-anak permata hatiku sehebat abah dan mama..dalam dunia yang semakin moden serta mencabar ini.Insyallah ...akan ku pastikan kejayaan mereka seperti mana akan ku pastikan kejayaan anak-anak muridku jua.